Tuan yang dihormati,
Penggunaan Sistem ePerolehan dalam talian MyEP MPBP
adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan persetujuan sebagaimana berikut:
1. Bersetuju mengistiharkan bahawa 'Login ID' dan 'Kata Laluan' milik syarikat tuan di dalam sistem MyEP MPBP ini dirujuk sebagai tandatangan pengesahan untuk semua dokumen sebut harga yang terlibat.
2. Bersetuju tidak akan mendedahkan/memaklumkan Kata Laluan milik syarikat tuan kepada pihak ketiga tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak MPBP.
3. Bersetuju tidak akan melakukan sebarang pemalsuan dokumen bagi tujuan menipu. Jika pihak tuan didapati bersalah, pihak tuan boleh disabitkan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh (7) tahun dan dikenakan denda.